Satu link, slot sebenar
Pelanggan buka justbook.my/nama-bisnes-anda, pilih servis, dan hanya nampak masa yang benar-benar kosong.
Sistem tempahan online
Penat balas WhatsApp "ada slot tak pukul 3?" setiap hari? Dengan JustBook, anda kongsi satu link sahaja. Pelanggan nampak masa yang betul-betul kosong, pilih sendiri, dan tempahan terus masuk ke kalendar anda.
Satu tempahan boleh makan tiga empat mesej. Bila tangan tengah sibuk dengan pelanggan, mesej tertangguh dan ada yang terus cari kedai lain.
Buku catatan, chat dan ingatan tak pernah seiring. Bila tertindih, malu dengan pelanggan dan rugi satu tempahan.
Ramai orang rancang jadual mereka waktu malam. Kalau esok pagi baru dibalas, sebahagian daripada mereka sudah tidak berminat.
Anda masih boleh berhubung dengan pelanggan di WhatsApp. Cuma mereka tidak perlu lagi bertanya pukul berapa yang kosong.
Pelanggan buka justbook.my/nama-bisnes-anda, pilih servis, dan hanya nampak masa yang benar-benar kosong.
Sistem menolak dua tempahan pada masa yang sama untuk staf yang sama, walaupun dua pelanggan tekan serentak.
Masukkan sendiri dari telefon dalam beberapa saat. Semuanya dalam kalendar yang sama.
Setiap pengesahan ada link peribadi untuk tukar atau batalkan tempahan, mengikut tempoh notis yang anda tetapkan.
Masukkan servis, waktu operasi dan staf. Lebih kurang dua minit.
Letak di status WhatsApp, bio Instagram, profil Google, atau cetak kod QR untuk kaunter.
Pelanggan pilih masa, anda nampak dalam kalendar, dan kedua-dua pihak terima e-mel pengesahan.
Dulu setiap malam dia habiskan sejam membalas mesej "bila available?". Dia masukkan tiga servis dengan tempoh masing-masing, tandakan Isnin sebagai hari cuti, dan letak link di bio Instagram.
Sekarang pelanggan tetap buat tempahan sambil scroll pukul 11 malam. Kalau ada yang tak jadi datang, mereka tukar masa sendiri melalui link dalam e-mel, dan slot itu terus dibuka semula untuk orang lain.
Ia adalah halaman web di mana pelanggan boleh melihat masa kosong anda dan membuat tempahan sendiri. Sistem menyimpan kalendar, mengelakkan pertindihan dan menghantar pengesahan.
Tidak. Mereka buka link anda di mana-mana pelayar, pilih masa, dan isi nama, nombor telefon dan e-mel sahaja.
Ya. Pelan Solo percuma tanpa had masa: seorang staf, sehingga lima servis dan tempahan tanpa had. Pelan Team berharga RM49 sebulan untuk lebih ramai staf, bayaran online dan ciri lain.
Buat masa ini papan pemuka dan halaman tempahan adalah dalam Bahasa Inggeris yang ringkas dan mudah difahami. Nama servis, penerangan dan nota boleh anda tulis dalam Bahasa Melayu, dan pelanggan boleh menulis nota dalam BM.
Percuma untuk bermula. Tiada kad kredit diperlukan.
Cipta halaman tempahan anda